Salam..
Kenapa orang selalu mengatakan sesuatu yg bukan daripada hati mereka. Kenapa mesti ada rasa ketidak jujuran pada diri sendiri. Hendak menjaga hati orang lain? tapi diri sendiri yg tak terjaga...
Bagi aku, menjaga hati orang lagi senang berbanding menjaga hati diri sendiri. Kalau hendak jaga hati orang, kita bagi ayat puji-puji cikit, orang da rasa senang. Tapi kalau nak jaga hati diri sendiri, takkan nak suruh org lain puji2 kita lak utk sedapkan hati kita?
Kadang-kadang kita malu utk meluahkan apa yg terpendam. Kita lagi banyak menunjukkan melalui perbuatan kita. Tapi orang lain byk tak faham daripada perbuatan kita. Orang lagi faham apa yg kita cakap.
Mengharap yg org lain faham kita dgn menggunakan gaya kita tersendiri membuatkan kita sendiri terseksa. Jadi luahkan lah apa yg terpendam dlm hati dgn jujur. Supaya tiada rasa kesal kemudian hari.
p/s: sekarang ni aku rasa kesal
No comments:
Post a Comment