Agak boring duduk rumah hari ni. Cuti sem sebulan kali ni mencatat rekod sebagai cuti sem yg paling berguna pernah dirasai. Kan best kalau cuti sem ni seindah duduk di tepi pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil menghirup seteguk dua air fresh oren yg sejuk. Oh, heaven!!..Ok, sudah. Jangan nak berangan.
Selepas lebih kurang 3 minggu bercuti di makmal untuk menyiapkan projek tahun akhir, akhirnya keputusan untuk memonteng kerja lab untuk seminggu telah dilaksanakan. Ini semua akibat cemburu tengok coursemate lain bersenag-lenang duduk di rumah goyang kaki. Aduh, emo datang lagi.
Saja nak buat intro panjang lebih sikit. Tapi cam da keluar daripada tajuk. Kalau aku tulis camni masa SPM gerenti dapat telur ayam. Hakhak.
Teringat balik masa baca majalah Rapi bulan ni punya keluaran. Ada satu artikel yg menarik minat aku. Cite pasal jenis makanan mengikut jenis darah. Dengan automatiknya mata aku baca part darah A sebab ni lah jenis darah aku. Teliti gila baca. Setiap butir abjad aku tengok. Hehe.
Gambar hiasan. Cover gurl ni sopan sikit. Hehe
Da sampai part akhir bahagian tu, dahi aku berkerut.
"Mengarut!!! Mana boleh macam ni...sobsob~"
Lepas baca tu aku terus jadi tension. Mana taknya, dlm artikel tu tulis, yg orang darah A tak digalakkan makan DAGING AYAM!!! Katanya aku perlu makan buah-buahan dan sayur. Tapi better sayur mentah. Gila!!. But tomato, kobis and apa lagi satu ntah sayur yg aku tak boleh makan. Cis, sayur kobis yg aku suka la dia nak tulis camtu. Dah la daging ayam lembu tu sume tak bagi. Produk tenusu pun tak leh.
Kalau makanan laut pulak, tak boleh makan seafood lain kalau da makan ikan.
"memang kena maki artikel ni dengan aku"
Agak-agak siapa yg buat experiment ni. Tunjukkan aku bukti. Jangan pakai maen buat teori. Cis!!
No comments:
Post a Comment