Thursday, December 9, 2010

Annoying people

Salam

Rasa nak buat camni bila tension dgn org!!


Aku hari ni sakit hati dgn certain jns manusia yg really annoying. Tak tahu lah sampai bila aku boleh bersabar dgn org mcm ni. Takut ak nt terbom dia lak kalau pendam lama-lama. Jenis manusia yg aku tak suka:

1. Berlagak pandai.

Kalau betul-betul pandai, aku tak kesah lah. Takde dengki punya. Kagum dgn dia ada lah. Tapi kalau yg berlagak pandai tapi sebenarnya tak tahu pape, apa kes? Bodoh sombong la maknanya kan. Aku betul-betul terkejut bila ada kawan aku ni marah best friend aku pasal friend friend aku ni tak ajar dia. Walhal depan mata kitaorang dia bukan main kata "Ye, ye. Haah macam tu macam ni la kita kena buat". Ingatkan dia lagi faham, bila da habis bincang boleh pulak tengking "Ko mana ada ajar aku. Ko ajar dia je tadi". Aduh, kalau tak faham tu bagitahu la awal-awal. Lagi satu tak payah la nak marah-marah. Kan baik kalau cakap elok-elok.

2. Jenis over.

Haish tinggi sangat ke pangkatnye sampai lebih-lebih daripada bos. Bos nak simple je, boleh lak dia p heboh suruh orang buat benda yg complicated. Jangan nak burukkan nama bos. Macam la kami golongan bawahan ni tak boleh tanya sendiri kat bos apa yg bos nak. Setakat jadi anak emas tu, kami tak kesah lah. Tp jangan suka hati nak suruh orang ikut telunjuk ko. Make things simple.

3. Kedekut ilmu.

Yang ni jenis susah nak memberi tapi suka nak orang bagi. Kalau nak jawapan assignment bukan maen lagi kol-kol orang. Tapi time org nak tanya apa jwpn drpd dia, banyak dalih plak. Bukan semua orang niat nak meniru. Kadang-kadang kita kurang faham. Maybe kita lebih faham kalau lihat drpd perspektif org len. Tol tak?

1 comment:

  1. hahahaa
    tingat zaman sekolah ada budak2 kedekut ilmu
    geram jer
    hahahaha

    eh,awak baca ADKDA di blog saya tu ker?

    P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 40

    ReplyDelete